Buah cempedak mempunyai
kulit berduri kecil yang berwarna
hijau dan bahagian dalamnya berwarna
kuning terang. Ramai orang tidak dapat membezakan buah cempedak dengan buah
nangka kerana kedua-dua buah ini mempunyai aroma yang hampir sama. Baunya
sangat harum dan tidak jauh bezanya seperti bau buah durian dan manga. Isi pada
bahagian dalamnya agak nipis, mudah hancur, berwarna kuning gading kemerahan
dan kaya dengan serat. Cempedak terdiri daripada beberapa jenis antaranya ialah
cempedak lokal, cempedak Malaysia dan cempedak air. Pokok buah cempedak
selalunya didapati di kawasan luar bandar. Namun demikian, masyarakat bandar
juga tidak perlu risau jika mereka mempunyai keinginan untuk menikmati buah
cempedak ini kerana buah cempedak ini telah dikomersialkan di kawasan bandar.
Oleh yang demikian, penduduk bandar boleh mendapatkan buah cempedak di mana-mana
kedai atau pasaraya berdekatan. Buah cempedak ini juga mempunyai khasiat yang
tersendiri seperti buah-buahan yang lain.
Khasiat pertama buah cempedak ialah dapat menyihatkan mata. Buah Cempedak mengandungi vitamin A yang dapat membantu meningkatkan kesihatan pada mata kita. Terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran lain yang mengandungi vitamin dan khasiat tersendiri tetapi buah cempedak merupakan buah yang paling diminati orang ramai kerana rasanya yang manis dan memberikan kepuasan yang amat tinggi kepada pemakannya. Justeru itu, buah cempedak dapat menyihatkan mata.

Kedua, buah cempedak boleh dijadikan sebagai bahan makanan.
Rasanya yang manis bertambah sedap apabila dijadikan cempedak goreng. Rakyat Malaysia amat
gemar memakan cempedak goreng. Oleh itu, banyak peniaga kecil mengambil peluang
untuk menjual cempedak goreng di warung-warung di tepi jalan.
Walaubagaimanapun, buah cempedak ini haruslah dibersihkan dengan baik sebelum
digoreng. Tuntasnya, buah cempedak dapat dijadikan bahan makanan dalam
kehidupan seharian.
Ketiga, buah cempedak mampu merendahkan kolestrol dalam darah. Buah cempedak juga memiliki manfaat terhadap tubuh kita terutamanya kepada orang ramai yang mempunyai masalah jantung kerana buah cempedak dapat merendahkan kadar kolestrol dalam darah. Vitamin C yang terkandung dalam buah cempedak dapat menyingkirkan kolestrol yang tidak baik agar tidak mengalir dalam darah dan membantu kolesterol baik untuk mengalir secara lancar. Kolestrol yang tidak baik boleh mengakibatkan penyakit jantung. Oleh itu, buah cempedak dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

Seterusnya, buah cempedak mampu mengurangkan
risiko daripada mendapat penyakit angin ahmar. Sebahagian besar golongan yang sering
menghidap penyakit angin ahmar ini ialah dalam kalangan golongan yang lanjut
usianya. Namun demikian, penyakit angin ahmar ini juga tidak mustahil boleh
terjadi kepada golongan muda. Oleh itu, buah cempedak boleh mengurangkan risiko
daripada diserang penyakit angin ahmar.
Tambahan lagi, buah cempedak dapat menjadi makanan yang dapat membantu dalam melangsingkan tubuh badan. Hal ini adalah sangat sinonim dengan golongan wanita yang sangat mengidamkan tubuh badan yang langsing. Buah cempedak dapat melangsingkan tubuh badan kerana apabila kita memakan buah cempedak ini, kita akan berasa cepat kenyang disebabkan oleh kandungan nutrisi yang sihat dan mencukupi. Oleh itu, buah cempedak sangat sesuai dimakan untuk mereka yang ingin melangsingkan tubuh badan.

Akhir sekali, buah cempedak boleh membantu
memperbaiki sistem pencernaan. Kandungan vitamin C dalam buah cempedak mampu
menghindarkan kita daripada penyakit sembelit. Sistem pencernaan yang baik
sangat penting kepada kita kerana ia dapat membantu kita menjalani kehidupan
seharian dengan sempurna. Natijahnya, buah cempedak dapat memperbaiki sistem
pencernaan badan.
Kesimpulannya, buah cempedak mempunyai banyak
khasiat yang dapat membantu dalam menyihatkan tubuh badan kita. Pada pendapat
saya, buah cempedak ini patut dikomersialkan ke peringkat globalisasi supaya
ianya dikenali di seantero dunia.
Buah
Cempedak
‘Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Nak tambah ilmu kene belajar
Dah banyak ilmu tolong
kongsikan.’
No comments:
Post a Comment